Wednesday, 29 June 2011

PUDING BUAH KOKTEL

Bahan2
2 bungkus agar2 strip
2.8 liter air
4 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
(tepung kastad & tepung jagung ni dibancuhkan dengan sedikit susu cair)
1 sudu kecil esen vanila
Gula secukup manis (agak2 1cawan,kalau x nak manis kurangkan cikit)
1 tin susu cair
1 bekas nata de coco perisa asli(buang airnya)
1 tin buah2an koktel dlm tin

Cara2 membuatnya
1. Basuh agar2 strip kemudian toskan. Masukkan dlm periuk & tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar2 larut sepenuhnya sambil dikacau2 sentiasa.
2. Bila agar2 dah larut, masukkan gula. Kacau2 hingga gula larut.
3. Tuangkan susu cair diikut bancuhan tepung kastad & tepung jagung tadi sambil sentiasa dikacau2.
4. Biarkan seketika sambil
tutupkan api.
5. Sediakan 2 tray yg sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam 

acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau2 sikit nata de coco tadi agar tak berkumpul satu tempat.
6. Biarkan puding sejuk & keras sikit kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk.
7. Semasa menghidang tuangkan buah2an koktel dengan sirapnya.. 


........................................Selamat mencuba yea...............................
















T

No comments:

Post a Comment