....MACAM-MACAM ADER....
WelComE tO mY bLoG Kat blog nie...saya nak kongsi ape yg blh dkongsi dgn sape2 yg berminat...so rajin2 la intai blog nie.... ada yg berkenan blh la ambik....
Wednesday, 29 June 2011
PUDING BUAH KOKTEL
| Bahan2 2 bungkus agar2 strip 2.8 liter air 4 sudu besar tepung kastad 1 sudu besar tepung jagung (tepung kastad & tepung jagung ni dibancuhkan dengan sedikit susu cair) 1 sudu kecil esen vanila Gula secukup manis (agak2 1cawan,kalau x nak manis kurangkan cikit) 1 tin susu cair 1 bekas nata de coco perisa asli(buang airnya) 1 tin buah2an koktel dlm tin Cara2 membuatnya 1. Basuh agar2 strip kemudian toskan. Masukkan dlm periuk & tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar2 larut sepenuhnya sambil dikacau2 sentiasa. 2. Bila agar2 dah larut, masukkan gula. Kacau2 hingga gula larut. 3. Tuangkan susu cair diikut bancuhan tepung kastad & tepung jagung tadi sambil sentiasa dikacau2. 4. Biarkan seketika sambil tutupkan api. 5. Sediakan 2 tray yg sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau2 sikit nata de coco tadi agar tak berkumpul satu tempat. 6. Biarkan puding sejuk & keras sikit kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk. 7. Semasa menghidang tuangkan buah2an koktel dengan sirapnya.. ........................................Selamat mencuba yea............................... | T |
petua
KULIT LEMBUT DAN CERAH
- Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
- Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
- Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
- Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
- Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
- Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
- Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
Monday, 27 June 2011
WeLcoMe tO mY bLoG
Jom join blog sy..macam macam adaaaaaaa...........ade resepi....ade videoo funny-funny, sumer lagu ade..
Subscribe to:
Posts (Atom)